<!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8474564113195893538\x26blogName\x3dwhen+I\x27m+on+queue\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://fahamokha90.blogspot.com/\x26vt\x3d2843336287746015661', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

authorchatlinksarchivesgallery


Thursday, May 12, 2016
194. I Left My Heart In Haramain 2 @ Thursday, May 12, 2016

0 note (s)

N/p: Law Kana Bainana - AlHabeeb

10 April 2016 - Pagi terakhir bermusafir di Kota Makkah, hati saya berbelah bagi, antara sayu meninggalkan kota ini dan keterujaan mengunjungi Madinah. Ya Allah, jangan jadikan umrah ini sebagai ziarahku ke rumahMu ini yang terakhir kali. Beratkan jodohku, rezekiku, hatiku dan keizinanMu untuk aku kembali lagi ke sini. InshaAllah, pasti. Saya mahu ke sini lagi. 

Selesai tawaf widak yang kami lakukan selepas Zuhur, tidak banyak yang boleh kami lakukan. Sekadar menunggu jemaah lain menyelesaikan tawaf mereka di dalam bas, sambil merenung ke luar tingkap, laluan jalan raya di kota ini dipenuhi dengan jemaah yang baru pulang atau mahu ke Haraam. Nampak pula sebuah bas menurunkan jemaah, baru sahaja tiba dari Madinah mungkin, mahu memulakan umrah wajib, terdetik dalam hati saya, "Beruntungnya mereka, masa beribadah di Makkah masih panjang."

Hampir pukul 3 petang, setelah dimarahi pemandu bas (beliau disaman kerana meletakkan kenderaan di kaki lima jalan), Mutawwif kami rilek saja, tahap sabarnya dua kali ganda mungkin. Perjalanan dimulakan dengan selawat dan salam; Tala' al-Badru 'Alayna, begitulah nyanyian kami, bagai si Ansar menyambut Rasulullah dan saudara Muhajirinnya di Kota Madinah. 

Sayu sebenarnya perjalanan yang mengambil masa selama 5 jam itu. Ketika semua orang melelapkan mata mengumpul tenaga untuk beribadah di Madinah, saya tercorok termenung di sisi tingkap bas, melihat pemandangan padang pasir, fikiran saya terbang ke saat Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar a.s. merentasi padang pasir panas membakar untuk ke Madinah atas misi menyebarkan Islam. Saya fikir dahulu pastinya tanah letaknya lebuhraya ini adalah gunung-ganang yang perlu didaki. Mengalir air mata. "The same sun shining the desert of Madinah, the same sun shining on the Prophet 1,500 years ago." Itu yang saya catatkan dalam nota kecil saya. Allahu. Kasihannya Rasul saya. 

Cepat-cepat saya ucapkan selawat buat Baginda, bersyukur kerana umatnya yang satu ini akhirnya dibukakan pintu rezeki untuk datang melawat jua. Menghampiri pukul 8 malam, kami akhirnya tiba di perkarangan hotel di Madinah. Kota Madinah, pada pandangan pertama, sudah membuatkan saya jatuh cinta. Kotanya sangat tersusun dan kemas. Tingkat bangunan tidak boleh melebihi 13 tingkat iaitu ketinggian menara Masjidil An-Nabawi. An-Nabawi tersergam indah dengan payung-payung gergasi di perkarangan masjid. 

Pembinaan hotel-hotel di Madinah yang teratur mengingatkan saya pada susunan bandar-bandar di Eropah, jika tak terlebih. Jauh berbeza dengan Makkah yang penuh dengan kenderaan keluar-masuk penuh debu dan pembinaan untuk membesarkan masjid yang tiada hujungnya. Madinah jauh lebih tenang, tenangnya kerana ada Kekasih Allah berehat di suatu sudut masjidnya. 

Rehatlah Rasulullah. 

Hari kedua di Madinah, kami merancang mahu ke Raudhah. Raudhah, dalam hadis nabi, dikatakan sebagai salah satu taman-taman di syurga kelak. Bahkan Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab terletak betul-betul disebelah Raudhah. Namun tak mudah untuk masuk ke sana, dengan keluasan sebuah gelanggang badminton, bayangkan 500 orang bersesak-sesak di setiap sudut mohon diberi syafaat di akhirat kelak. Ibu jadi gerun memikirkan dia perlu bertolak bergelut dengan kumpulan jemaah dari Asia Barat yang sedia maklum lebih besar saiznya dari kami semua. Tetapi kami menyakinkan bahawa jika ada rezeki, Allah akan mudahkan jalannya. InshaAllah. 

Kami bergerak ke An-Nabawi sebelum Maghrib tiba, rancangan awal: selepas Isyak' pulang ke hotel untuk mengisi perut demi mengumpul tenaga di Raudhah nanti. Setibanya di An-Nabawi, melalui pintu 25, ada rezeki terbentang di saff kami. Saff bagi yang berpuasa sunat Isnin. Alhamdulillah. Usai solat Isyak, kaklong menghantar pesanan kepada ayah, mohon tidak ditunggu, kami ada misi di Raudhah, doakan. Ada plan B untuk misi ini: jika Raudhah tidak memungkinkan kami bersolat, cukuplah sekadar salam buat Baginda dan sahabat syurganya. 

Saya fikir peraturan mengumpulkan jemaah mengikut negara/bahasa adalah praktikal dan alhamdulillah memudahkan. Motifnya senang, mereka tidak mahu si Nusantara dihempap tubuh besar si Asia Barat. Meski ada yang berkata, kerana Nusantara punya tahap kesabaran jauh lebih tinggi dari yang lain, lalu diletakkan kumpulan ini yang paling terakhir. Tetapi reverse psychology-nya, mengapa mahu berebut masuk ke Raudhah yang paling awal, jika paling akhir memungkinkan tempoh masa bersolat lebih lama? Benar, jemaah Nusantara adalah yang paling akhir di level entri, namun saya amat menikmati pemandangan kawasan solat wanita yang kosong dan lengang. 

Teruja, nak menangis, macam nak jumpa kekasih yang lama terpisah (kalau ada kekasih lah). Haha.

Ada banyak peringkat checkpoint yang perlu dilalui sebelum dapat benar-benar memasuki karpet hijau di Raudhah. Sewaktu berebut-rebut masuk ke petak Raudhah, terdengarlah, Mutawwif wanita dari Indonesia menjerit, "Udah masuk ke petak Raudhah ya, sudah bisa berdoa." Saya tertonjet-tonjet mengintai apakah kaki ini memijak karpet hijau dan ketika yakin sudah berada di kawasan tersebut, saya memberitahu ibu dan kaklong di sisi. 

Assalamualaikum Ya Rasulullah. Rindu. 

Saat itu sesi tolak menolak berlangsung hebat, sempat saya terfikir, bagaimana mungkin ada jemaah sempat bersolat sunat di sini? Apa punya rasa khusyuk kerana Raudhah ini umpama medan perang. Jemaah di belakang saya sudah mula teresak-esak, sedang saya dan kaklong mencari jalan keluar, ibu kelihatan luar biasa kecil dihimpit depan dan belakang. "Mudahkan Ya Allah, mudahkan."

Tangan ibu dan kaklong ditarik seorang Ustazah dari Indonesia, "Ke mari.." Saya fikir dia mahu menunjukkan jalan keluar, ditariknya tangan saya ke karpet hijau Raudhah yang tiba-tiba terbentang luas. Saya kaget. Serta merta badan dijatuhkan, sujud saya cuma penuh dengan air mata. Air mata penyesalan, dengan penuh berjanji mahu menjadi lebih baik selepas ini.

Raudhah kami tinggalkan dengan seribu satu perasaan, mungkin juga hadiah hari lahir Ibu yang paling bermakna. 

xx

Being 25, performing Umrah might as well becoming the best thing happened to my life. Of course it feels worst to know how much you've spent your past twenty-five doing all those jahiliyyah-kind-of-things, but contrary to that, I feel so much motivated about my life, I might (InshaAllah) have another 25 years old to begin again, once again.. Step by step.

Mohon doa semua. 



Labels:


Older | TOP | Newer

P/S
☆彡☆彡☆彡





You've read my thought. If only I can read yours..